4 Perbezaan Utama CCRIS dan CTOS

Apakah itu CCRIS?

CCRIS atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System) menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.

Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan.

Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:

  • Pinjaman atau kredit tertunggak seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, dan lain-lain.
  • Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institut kewangan.
  • Permohonan pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.

Namun, ingat bahawa CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang individu, tetapi ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif.

Ramai masyarakat Malaysia beranggapan CCRIS boleh menyenarai hitam nama seseorang individu yang memiliki corak pembayaran semula hutang yang buruk. Namun, ianya tidak benar. CCRIS tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan.

Anda boleh mendapatkan laporan CTOS peribadi dari Bank Negara, tetapi anda hanya boleh mendapat maklumat anda sahaja. Jadi, anda tidak boleh mendapatkan bantuan orang lain untuk mendapatkan laporan tersebut. Anda perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan juga dokumen sokongan yang lain. Anda boleh mendapatkan laporan kredit CTOS anda di ibu pejabat Bank Negara Malaysia atau di cawangan serantau Bank Negara Malaysia.

Cara-cara untuk dapatkan laporan CCRIS

Anda boleh dapatkan laporan atau report CCRIS melalui lima cara:

1. Kiosk Bank Negara Malaysia

Lawati mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia dan dapatkan laporan CCRIS anda secara percuma di Kiosk. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan (MyKad) untuk digunakan di Kiosk tersebut.

2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Anda juga mendapatkan laporan CCRIS secara percuma di mana-mana cawangan AKPK. Anda boleh datang secara walk-in dan bawa kad pengenalan (MyKad) untuk pengesahan diri.

Lihat juga: Urus Hutang Anda Secara Percuma Bersama AKPK

3. eCCRIS Bank Negara Malaysia

Untuk cara yang lebih senang dan pantas, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda melalui eCCRIS. Tetapi, anda mesti berdaftar dengan Bank Negara atau AKPK terlebih dahulu.

Apakah itu CTOS?

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.

CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di pendaftar pertubuhan
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigator atau penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek sendiri

Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuk:

  • Status muflis individu
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan perniagaan dan sebagainya

Sama seperti CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu. Anda boleh mendapatkan laporan CTOS melalui MyCTOS. Pertama, anda perlu daftar diri anda untuk memperoleh ID Pengguna CTOS. Selepas anda mengaktifkan ID, laporan anda boleh diakses bila-bila masa termasuklah melalui aplikasi CTOS.

4 Perbezaan Utama CCRIS dan CTOS

Berikut adalah 4 perbezaan utama antara CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan CTOS (Credit Tip-Off Service):

Aspek CCRIS CTOS
Pengurusan Data Dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Dikendalikan oleh syarikat swasta, iaitu CTOS Digital Berhad.
Sumber Maklumat Data diperoleh daripada institusi kewangan berlesen, seperti bank, koperasi, dan institusi kewangan lain. Data diperoleh daripada sumber awam, seperti rekod mahkamah, laporan surat khabar, dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tujuan Bertujuan untuk memantau prestasi kredit peminjam bagi institusi kewangan membuat penilaian risiko kredit. Digunakan oleh individu dan organisasi untuk menilai reputasi kredit seseorang berdasarkan rekod awam.
Jenis Data Meliputi butiran lengkap kredit, seperti baki pinjaman, pembayaran semasa, tunggakan, dan status pinjaman. Meliputi maklumat tambahan, seperti status kebankrapan, tindakan undang-undang, dan rekod perniagaan.
  • CCRIS: Fokus kepada rekod kredit institusi kewangan dan digunakan terutamanya oleh bank dan koperasi untuk menilai kelayakan kredit peminjam.
  • CTOS: Menggabungkan maklumat awam dan kredit, memberi gambaran keseluruhan tentang kepercayaan kewangan individu dan syarikat.

Artikel Lain

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Kenapa Pilih Pinjaman Peribadi Kerajaan Kami? https://www.pinjamanperibadikerajaanmy.com/wp-content/uploads/2024/12/CAPAI-IMPIAN.mp4 Adakah anda sedang mencari pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan dipercayai? Kami...